Baru-baru ini macam dah jadi "trend" bagi ramai orang berprihatin terhadap hal politik di negara kita. Beribu-ribu post FB boleh dilihat setiap hari - membalingkan kritikan terhadap parti kerajaan dan memberikan sokongan padu terhadap parti pembangkang. Topik minum kopi setiap hari tak lari lari lagi la - mesti berkenaan dengan sama ada sumbangan yang dibuat oleh pihak pembangkang ataupun terhadap kes kronism terbaru yang didedahkan.
Sentimen ini agak baik sebenarnya, ini menunjukkan bahawa orang ramai bukan lagi katak di bawah tempurung. Tapi kadang-kadang terfikir juga - dalam ramai ramai rakyat prihatin ini, berapa peratus kah yang betul betul faham dengan perjuangan parti pembangkang ini - atau kebanyakan cuma sokong dan tambah api sahaja kerana nak menurut "trend".
Macam di kilang tempat saya bekerja, ramai jurutera sekalian yang menyokong Bersih. Masa Bersih 2.0 ada jugak colleague yang di berada di US keluar tunjuk perasaan kat tempat mereka. Bawak anak isteri sekali. Yang di tempatan tak usah cakap lagi la. Pakai baju kuning tiap tiap hari. Setiap topik perbualan mesti kaitkan dengan bersih. Tapi yang menariknya...tak tahu kepala hotak depa ni bersih ka tak.
Dan kini Bersih 3.0 dah sampai pulak. Kita lihat banyak kawan kawan sekalian terhigeh-higeh dengan semangat Bersih. Terserempak saja tanya " This Saturday got join ar?" Ataupun " You got buy dy, the Bersih 3.0 T-shirt? RM20 only, brader."
Bersih sebenarnya memperjuangkan "keadilan". Itu matlamat utama Bersih. Kita tak mahu wakil rakyat dipilih melalui sistem yang di "rigged". Kita mahu keadilan.
Berapa ramai brader brader yang pakai baju kuning tu faham dengan konsep perjuangan ini? Tak ramai kalau kita tengok di kilang kita ni. Ramai yang sanggup ambil kredit kerja orang lain. Ramai yang suka "backstab" rakan sekerja untuk naik pangkat. Ada juga yang saja saja forward email CC sedunia supaya boss boleh tengok mereka ini berapa pandai. Pandai? Pandai tipu la mungkin...
Dan kita tengok orang orang yang sama ini bercakap pasal Bersih. Bercakap pasal nak join tunjuk perasaan duduk kat Padang Kota. Ataupun post kat FB gambar diaorang pakai baju kuning Bersih 3.0 yang dibeli kat Batu Maung - berdekatan OCBC sana. Aksyen macam diaorang ni "bersih".
Walaupun di ofis tak pernah fikir langsung tentang kekejaman terhadap rakan sekerja sendiri. Tengok boss datang saja, tiba-tiba jadi macam bapok. Dan orang orang yang sama ni - yang konon-nya menyokong keadilan - menyokong boss depa yang cukup tak adil. Orang yang betul betul kerja dilihatkan bagai sampah. Dan sampah macam depa ni kononnya 100% komited terhadap kerja.
100% kepala otak! Tengok saja boss expat dari US la, Pakistan la, mula la bodek macam bapok. Semua nak rampas peluang pergi "relo" kat US. Email mesti CC sedunia.
Pada pandangan saya, beruk-beruk ini tak layak langsung cakap pasal Bersih. Kalau you orang nak pi join Bersih pastikan you orang korek keluar jantung hati yang hitam macam taik tu dulu...dan basuh supaya bersih dulu.
Dan ofis yang jual T-shirt Bersih kat Batu Maung tu...pastikan you orang jual baju tu pada orang orang yang layak saja. "Toksah" jual kat babi babi hutan yang tak faham langsung apa maksud "clean fight". Jual pada diaorang tu ibarat bakar baju saja. Mempersia-siakan nama bersih "Bersih".
Akhir sekali, ingin saya "clarify" di sini, saya takkan pi mana mana tunjuk perasaan esok. But trust me, saya memang sokong sebarang konsep "keadilan". Saya berani mengkritik beruk beruk takda otak itu depan orang ramai. Majoriti tak suka tak apa, yang penting, saya tahu - hasrat saya bersih. Tak ramai kawan pun takpa, yang penting satu hari nanti, saya boleh tengok bukan saja negara saya ni, tapi tempat kerja saya sekali pun - "bersih" daripada sampah masyarakat hipokratik macam mereka ini.
No comments:
Post a Comment